RINTIS GUNUNG SARUT DAN GUNUNG LIPAK (10-12 Feb)
Day 1
07.00 am Mula bergerak dari rumah setelah diambil oleh din dan syimir ke kedai mkn
untuk sarapan sementara menunggu rakan yg lain tiba. Selepas sarapan kami
berenam mula bergerak ke kg payung (setiu) yg mngambil masa dalam 45 min ke 1
jam untuk tiba disana.
09.30 am Tiba di masjid kg payung..time ni duk
kemas2 barang sikit sementara menunggu lias (guide Tibet). Selepas guide smpai
(10.00 am) kami brgerak ke salah satu rumah pnduduk kg untuk meletakkan kereta
disitu.
10.30 am Tiba je di starting point kami terus
bergerak ke jambatan gantung yang menghubungkan kami dengan pintu masuk ke trek
gunung sarut dan selepas bacaan doa kami terus layan trek panas badan yang agak
santai, maknenye xde la pacak sangat. Selepas 15 min perjalanan kami bertemu
trek pacak yg seakan-akan bukit taubat di CBL tetapi lebih perit dari bukit
taubat (hehe faham2 ler) disini boleh la tgk muka kawan2 yang mental diawal
perjalanan termasuk la aq akibat trek yg agak kurang ajar ni. Selepas berehat
lebih kurang 10 min kami menyambung perjalanan kami, redah punye redah plus tersasar
dari permatang sambil cross naik turun bukit2 kemudian terjumpa la kolam biru ala2
sungai bangan CBL dan semasa cross tu ada la yang trjatuh trluka sume ade
(auchhh huhu).
01.20 pm Abg ijak (ijak kenyir) mengarahkan
kami berehat dan solat disini then sempat lagi masak megie melantak ramai2 sambil
abg ijak memeriksa kedudukan kami di atas peta topo. Misi mencari permatang
bermula selepas 20min berehat, guide Tibet ditugaskan untuk menebas semak samun
untuk membuat trek untuk kami lalu, cari punye cari akhirnya kami jumpe la trek
asal di atas permatang yang pernah dilalui oleh orang siam. Selepas itu misi
mencari kemsite yang telah ditanda di atas peta topo diteruskan, ketika melalui
permatang tu kami disajikan dengan pemandangan yang cukup cantik di sebalik jendela
pandang. Setelah beberapa jam mendaki kami terjumpa pokok tongkat ali ditepi
trek, saiz nya yang agak besar menyebabkan guide Tibet,apik dan din
bertungkus-lumus menarik pokok tersebut bagi mendapatkan akar nya, selepas hampir
10 min akhir nya dapat la akar tu. Perjalanan kami diteruskan dengan aksi guide
Tibet menebas taman berduri di sepanjang trek (kikikiki kesian), setelah beberapa
meter kami melangkah kami terjumpa pokok periuk kera yang agak banyak dikawasan
berkenaan (masa ni dah pukul 04.30 pm yep), selepas sesi photoshoot kami
meneruskan perjalanan selama 2 jam setengah dan terpaksa meredah lereng yang
runtuh akhirnya kami tiba di kemsite yang dicari tu.
07.00 pm Sesi membersihkan kawasan kemsite
bermula dengan mengalih kan buluh yang berada diatas pasir (kemsite hampir dgn
air dan berdekatan dengan pokok buluh). Selepas siap mendirikan tempat tidur,
kecek (chef) menjalankan tugas nye dengan memasak makan malam kami, yg
menariknye boleh pulak guide tibet tangkap ikan tengas (maklum ler kemsite tepi
air), akhir nye dapat la 2 ekor untuk makan malam ni. Manu pada malam ni cukup
mewah disebabkan air tangan kecek yang memang handal memasak ditambah pula
dengan ikan fresh yang ditangkap oleh guide Tibet fuhhh kenyang gilerr…
09.30 pm Tidur lerr selepas 9 jam hiking..... Zzzzzzzz
02.00 am Bangun minum air + borak sikit2 then
tidur balik….huhuhuhu
Boleh taw starting point kt mne? Nk apply permit kt mne
ReplyDeletestarting point dye dekat air terjun lata payung setiu.. time ni x apply permit lagi sebab baru rintis trek
Deletesalam boh, trek situ ada pacat dop?
Deletewlkmsalam..ada je area bawah tu..
DeleteNak join....huhu
ReplyDeletetq for info, ujung bln ni nk naik
ReplyDeletebro..guider tuh nk dpt kt mne..bleh tau?
ReplyDeleteAssalamualaikum, blh tlg guide kami n kawan ke sarut tak?
ReplyDelete