Wednesday, February 22, 2017

GUNUNG SARUT DAN GUNUNG LIPAK (10-12 Feb)
Day 3

07.15 am Bangun solat subuh… then tidur balik wakakakaka sejukkkk




10.00 am Semua krew bangun dari tidur yang lena, cuaca di luar masih sejuk berkabus dan hujan renyai2. Sarapan sudah siap disediakan oleh kecek pagi2 lagi, semua makan kecuali aq dan abg ijak sebab aq ni memang jenis yang x makan pagi. Selepas sarapan, kami semua mula mengemas barang kami untuk mula turun ke lata payung.


11.00 am Kami mula meninggalkan kem siam dan mula menuruni curam 80 darjah, haaa time ni baru la muka bertemu lutut hehe. Kami menuruni cerun berkenaan selama hampir 30 ke 45 min, lutut mula terasa sakit sebab menampung bag yang berat. Time ni macam2 aksi yang terjadi, ada yang terjatuh dan ada yang tergolek sebab permukaan trek yang licin disebabkan hujan pada malam tu ( hahaha habis kotor seluar).


02.00 pm Akibat runtuhan trek kami terpaksa mencari laluan yang baru untuk turun ke lata payung dan ketika ini krew sudah mula mental akibat terpaksa naik turun bukit yang tidak dapat kami kira jumlah nya. Selepas kami terjumpa trek balak, kami berehat sekejab untuk minum seteguk dua air yang ada, mujur la aq bawak coklat bar boleh la jugak topup balik tenaga yang hilang tapi malang nye terpaksa kongsi dengan member2 yang lain (adat la tu kena share mknn yg ad hehehe). Selepas 30 min kami berehat, kami meneruskan perjalanan kami dengan mendaki satu lagi cerun yang agak merbahaya sebab kalau jatuh mesti arwah punye. Kami melalui cerun itu dengan berhati2, setiap langkah adalah nyawa dan kami Berjaya melalui cerun itu dengan selamat.

Orkid yang ad di Gunung Sarut

05.00 kami mula masuk ke trek asal yang ada dalam peta topo dan gps, anggaran untuk sampai ke lata payung iaitu tempat permulaan kami mendaki sudah tidak jauh masing2 mula rasa gembira sebab perut sudah mula lapar. Guide Tibet mula mengenal pasti trek yang pernah dilaluinya selepas 1 jam berjalan, tibe2 step masing2 mula bertambah laju sebab dah hampir sangat nk sampai.



06.30 pm kami makin teruja apabila mendengar bunyi deruan air terjun, then kami semua terkejut sebab kami terpaksa cross air terjun yang agak laju pada masa itu untuk ke trek asal pada seberang sana. Guide Tibet memulakan langkah pertama dengan berenang ke seberang untuk membentang akar pokok untuk menjadi pemegang kami ketika melintas air yang laju. Selepas 30 min masa yang diambil untuk melintas, hari sudah mula gelap (07.00 pm) kami bergegas turun dan Berjaya sampai ke tempat permulaan kami iaitu di jambatan gantung lata payung….






07.45 pm Alhamdulillah sebab semua berjaya masuk dan keluar dengan selamat…hari last ni kurang sikit gambar sebab smua phone dah takde beteri wakakaka


No comments:

Post a Comment