GUNUNG SARUT DAN GUNUNG LIPAK (10-12 Feb)
Day 2
06.50 am Bangun untuk solat subuh then tidur
balik….Zzzzzz
09.30 am Terjaga dari tidur sebab terhidu bau
nasi lemak yang dimasak oleh kecek. Mata masih mamai masa ni, terus bangun
sebab nak buang air kecik hehe… selepas selesai hajat semua kawan2 dah bangun
mengadap nasi lemak berlaukkan sosej (dlm hutan semua pn sedap) masing2 menunggu
giliran untuk ambik makanan. Selepas makan kami pon bersiap n mengemas kemsite.
10.30 am Memandangkan kem buluh tu dah bagi
semangat sebab dari kemsite pon memang dah nampak puncak gunung sarut, so awal2
kami dah pack semua barang n bertolak untuk summit attack ke puncak. Selepas 15
min mendaki kami mula rasa sejuk so masing2 mula mengeluarkan jaket tambahan
pula dengan hujan renyai2 dan angin yang kuat. Suhu semakin sejuk bila kami
mendaki lebih tinggi rasa mcm hiking gunung korea je (anyeong) tetibe guide
Tibet menjerit, ingatkan dah smpai puncak rupenye cek koordinat dekat gps (lu
kene lipak bro…) so terpaksa la mencari laluan yang baru untuk ke puncak sarut
sebab puncak yang kami stay sekarang ni bukan puncak sarut tapi gunung yang
tidak bernama.
Puncak tipu.. sejuk giler..angin kuat
Batu lesung
berusaha panjat batu sebab nk tgk view dari atas
View dari ats batu lesung
Fauna yang terdapat dekat area batu lesung
12.40 pm Kami berehat di puncak tipu ni selama
20 min, sementara menunggu abg ijak memeriksa laluan di atas peta topo kami
sempat lagi membuat air milo panas disebabkan masing2 dah menggeletar
kesejukan. Selepas trek dipastikan betul oleh abg ijak, kami menerus kan
mencari puncak sarut so rintis la lagi la nampak nye, dah la kena hadap angin
kuat. Ketika sedang mendaki guide Tibet sempat lagi bercerita yang org dulu2
nak ke gunung sarut mesti jumpa satu batu besar yang diberi nama batu lesung (dia
ni mmg suka brcakap pok pek pok pek skmo) tetibe selepas 25 min mendaki kami
terjumpa sebiji batu besar, so sume happy la sebab anggap puncak sarut tu dah hampir,
tapi jalan punye jalan aiii…. makin banyak pulak batu besar yang ada di tepi
trek ni dah la lagi besar dari yang tadi. So ape lagi kami pon letak bag then
panjat batu tu hehe.
Batu puncak, parang dan gps
Krew yang terlibat menjayakan trip rintis ini
02.00 pm Perjalanan diteruskan selepas hampir
sejam berada di kawasan batu itu. Selepas 25 min kami mendaki akhirnya kami tiba di koordinat puncak yang
yang dinyatakan didalam peta dan gps (02.25 pm), so misi kami sekarang adalah
untuk mencari batu puncak (batu puncak ni ialah batu yang menandakan ketinggian
dan lokasi puncak tu). Dengan sekali hayunan parang abg ijak terus terkena pada
batu puncak yang berada didalam tanah yang sedikit berumput. Perasaan gembira
terpancar di raut wajah masing2 selepas berbelas jam mendaki meredah semak-samun
dan duri akhirnya berjaya juga tiba di puncak gunung sarut… then sesi bergambar
pon bermula…wakakakaka
03.10 pm Kami mula bergerak turun dari puncak gunung
sarut. Menurut kata abg ijak, kami akan bejumpa dengan simpang tiga yang akan
membawa kami terus ke tempat kami mula mendaki (lata payung) dan satu simpang
lagi akan bawa ami ke puncak gunung lipak. So selepas hampir sejam menuruni
curam kami jumpe la simpang tu. tapi macam mane ntah. sume terlajak masuk ke
simpang gunung lipak tu. Alang2 dah separuh jalan baru perasan, so semua
sepakat. Untuk tinggal beg kat tepi trek then pecut ke puncak gunung lipak.
04.35 pm Kami tiba di puncak gunung lipak, so
ruting yang sama di ulang iaitu mencari batu puncak yang menanda puncak tu, tapi
sedihnye kami tak jumpe batu puncak tapi koordinat dah betul. So rasmi lah
gunung lipak telah kami tawan… yahoooooooo
Kem siam
04.45 pm kami turun dari puncak gunung lipak dan
kembali ke lokasi tempat kami tinggal bag. Kami tiba di lokasi bekenaan pada
pukul 5 lebih, so kami sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan kami
disebabkan hari sudah lewat petang dan kami masih tak tau bagaimana trek yang kami
akan lalui dan agak berbahaya untuk meneruskan perjalanan di waktu malam untuk
trip rintis seperti ini. Abg ijak memberi arahan untuk bergerak ke kem siam
berdekatan untuk tidur pada mala mini. Setelah tiba di kem siam berkenaan pada
pukul 6 lebih, kami berhadapan dengan masalah air disebabkan punca air yang
agak jauh berkilometer jarak nya. So malam tu kami semua tak mandi untuk
menjimatkan air (nasib baik masing2 bwk air dlm botol).
Manu kami pada mlm kedua
07.00 pm Air yang ada kami gunakan untuk
memasak makanan kecemasan kami iaitu mee magie disebabkan kami hanya merancang
untuk masuk hutan hanya dua hari tapi terpaksa tambah satu malam lagi. So malam
tu kami makan magie jela, tu pon terpaksa share (lapar giler malam tu)..hehehehe
09.00 pm Selepas solat kami pon tidur dalam
kesejukan sebab malam ni hujan lebat + angina kuat. Nasib baik ad pakaian ganti
dan sleeping bag. Zzzzzzzz nite
No comments:
Post a Comment