Wednesday, February 22, 2017

GUNUNG SARUT DAN GUNUNG LIPAK (10-12 Feb)
Day 3

07.15 am Bangun solat subuh… then tidur balik wakakakaka sejukkkk




10.00 am Semua krew bangun dari tidur yang lena, cuaca di luar masih sejuk berkabus dan hujan renyai2. Sarapan sudah siap disediakan oleh kecek pagi2 lagi, semua makan kecuali aq dan abg ijak sebab aq ni memang jenis yang x makan pagi. Selepas sarapan, kami semua mula mengemas barang kami untuk mula turun ke lata payung.


11.00 am Kami mula meninggalkan kem siam dan mula menuruni curam 80 darjah, haaa time ni baru la muka bertemu lutut hehe. Kami menuruni cerun berkenaan selama hampir 30 ke 45 min, lutut mula terasa sakit sebab menampung bag yang berat. Time ni macam2 aksi yang terjadi, ada yang terjatuh dan ada yang tergolek sebab permukaan trek yang licin disebabkan hujan pada malam tu ( hahaha habis kotor seluar).


02.00 pm Akibat runtuhan trek kami terpaksa mencari laluan yang baru untuk turun ke lata payung dan ketika ini krew sudah mula mental akibat terpaksa naik turun bukit yang tidak dapat kami kira jumlah nya. Selepas kami terjumpa trek balak, kami berehat sekejab untuk minum seteguk dua air yang ada, mujur la aq bawak coklat bar boleh la jugak topup balik tenaga yang hilang tapi malang nye terpaksa kongsi dengan member2 yang lain (adat la tu kena share mknn yg ad hehehe). Selepas 30 min kami berehat, kami meneruskan perjalanan kami dengan mendaki satu lagi cerun yang agak merbahaya sebab kalau jatuh mesti arwah punye. Kami melalui cerun itu dengan berhati2, setiap langkah adalah nyawa dan kami Berjaya melalui cerun itu dengan selamat.

Orkid yang ad di Gunung Sarut

05.00 kami mula masuk ke trek asal yang ada dalam peta topo dan gps, anggaran untuk sampai ke lata payung iaitu tempat permulaan kami mendaki sudah tidak jauh masing2 mula rasa gembira sebab perut sudah mula lapar. Guide Tibet mula mengenal pasti trek yang pernah dilaluinya selepas 1 jam berjalan, tibe2 step masing2 mula bertambah laju sebab dah hampir sangat nk sampai.



06.30 pm kami makin teruja apabila mendengar bunyi deruan air terjun, then kami semua terkejut sebab kami terpaksa cross air terjun yang agak laju pada masa itu untuk ke trek asal pada seberang sana. Guide Tibet memulakan langkah pertama dengan berenang ke seberang untuk membentang akar pokok untuk menjadi pemegang kami ketika melintas air yang laju. Selepas 30 min masa yang diambil untuk melintas, hari sudah mula gelap (07.00 pm) kami bergegas turun dan Berjaya sampai ke tempat permulaan kami iaitu di jambatan gantung lata payung….






07.45 pm Alhamdulillah sebab semua berjaya masuk dan keluar dengan selamat…hari last ni kurang sikit gambar sebab smua phone dah takde beteri wakakaka


Sunday, February 19, 2017

GUNUNG SARUT DAN GUNUNG LIPAK (10-12 Feb)
Day 2

06.50 am Bangun untuk solat subuh then tidur balik….Zzzzzz



09.30 am Terjaga dari tidur sebab terhidu bau nasi lemak yang dimasak oleh kecek. Mata masih mamai masa ni, terus bangun sebab nak buang air kecik hehe… selepas selesai hajat semua kawan2 dah bangun mengadap nasi lemak berlaukkan sosej (dlm hutan semua pn sedap) masing2 menunggu giliran untuk ambik makanan. Selepas makan kami pon bersiap n mengemas kemsite.





10.30 am Memandangkan kem buluh tu dah bagi semangat sebab dari kemsite pon memang dah nampak puncak gunung sarut, so awal2 kami dah pack semua barang n bertolak untuk summit attack ke puncak. Selepas 15 min mendaki kami mula rasa sejuk so masing2 mula mengeluarkan jaket tambahan pula dengan hujan renyai2 dan angin yang kuat. Suhu semakin sejuk bila kami mendaki lebih tinggi rasa mcm hiking gunung korea je (anyeong) tetibe guide Tibet menjerit, ingatkan dah smpai puncak rupenye cek koordinat dekat gps (lu kene lipak bro…) so terpaksa la mencari laluan yang baru untuk ke puncak sarut sebab puncak yang kami stay sekarang ni bukan puncak sarut tapi gunung yang tidak bernama.
Puncak tipu.. sejuk giler..angin kuat

Batu lesung


berusaha panjat batu sebab nk tgk view dari atas

View dari ats batu lesung

Fauna yang terdapat dekat area batu lesung

12.40 pm Kami berehat di puncak tipu ni selama 20 min, sementara menunggu abg ijak memeriksa laluan di atas peta topo kami sempat lagi membuat air milo panas disebabkan masing2 dah menggeletar kesejukan. Selepas trek dipastikan betul oleh abg ijak, kami menerus kan mencari puncak sarut so rintis la lagi la nampak nye, dah la kena hadap angin kuat. Ketika sedang mendaki guide Tibet sempat lagi bercerita yang org dulu2 nak ke gunung sarut mesti jumpa satu batu besar yang diberi nama batu lesung (dia ni mmg suka brcakap pok pek pok pek skmo) tetibe selepas 25 min mendaki kami terjumpa sebiji batu besar, so sume happy la sebab anggap puncak sarut tu dah hampir, tapi jalan punye jalan aiii…. makin banyak pulak batu besar yang ada di tepi trek ni dah la lagi besar dari yang tadi. So ape lagi kami pon letak bag then panjat batu tu hehe.

Batu puncak, parang dan gps

Krew yang terlibat menjayakan trip rintis ini




02.00 pm Perjalanan diteruskan selepas hampir sejam berada di kawasan batu itu. Selepas 25 min kami mendaki  akhirnya kami tiba di koordinat puncak yang yang dinyatakan didalam peta dan gps (02.25 pm), so misi kami sekarang adalah untuk mencari batu puncak (batu puncak ni ialah batu yang menandakan ketinggian dan lokasi puncak tu). Dengan sekali hayunan parang abg ijak terus terkena pada batu puncak yang berada didalam tanah yang sedikit berumput. Perasaan gembira terpancar di raut wajah masing2 selepas berbelas jam mendaki meredah semak-samun dan duri akhirnya berjaya juga tiba di puncak gunung sarut… then sesi bergambar pon bermula…wakakakaka


03.10 pm Kami mula bergerak turun dari puncak gunung sarut. Menurut kata abg ijak, kami akan bejumpa dengan simpang tiga yang akan membawa kami terus ke tempat kami mula mendaki (lata payung) dan satu simpang lagi akan bawa ami ke puncak gunung lipak. So selepas hampir sejam menuruni curam kami jumpe la simpang tu. tapi macam mane ntah. sume terlajak masuk ke simpang gunung lipak tu. Alang2 dah separuh jalan baru perasan, so semua sepakat. Untuk tinggal beg kat tepi trek then pecut ke puncak gunung lipak.






04.35 pm Kami tiba di puncak gunung lipak, so ruting yang sama di ulang iaitu mencari batu puncak yang menanda puncak tu, tapi sedihnye kami tak jumpe batu puncak tapi koordinat dah betul. So rasmi lah gunung lipak telah kami tawan… yahoooooooo

 
Kem siam

04.45 pm kami turun dari puncak gunung lipak dan kembali ke lokasi tempat kami tinggal bag. Kami tiba di lokasi bekenaan pada pukul 5 lebih, so kami sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan kami disebabkan hari sudah lewat petang dan kami masih tak tau bagaimana trek yang kami akan lalui dan agak berbahaya untuk meneruskan perjalanan di waktu malam untuk trip rintis seperti ini. Abg ijak memberi arahan untuk bergerak ke kem siam berdekatan untuk tidur pada mala mini. Setelah tiba di kem siam berkenaan pada pukul 6 lebih, kami berhadapan dengan masalah air disebabkan punca air yang agak jauh berkilometer jarak nya. So malam tu kami semua tak mandi untuk menjimatkan air (nasib baik masing2 bwk air dlm botol).


Manu kami pada mlm kedua
07.00 pm Air yang ada kami gunakan untuk memasak makanan kecemasan kami iaitu mee magie disebabkan kami hanya merancang untuk masuk hutan hanya dua hari tapi terpaksa tambah satu malam lagi. So malam tu kami makan magie jela, tu pon terpaksa share (lapar giler malam tu)..hehehehe

09.00 pm Selepas solat kami pon tidur dalam kesejukan sebab malam ni hujan lebat + angina kuat. Nasib baik ad pakaian ganti dan sleeping bag. Zzzzzzzz nite

Wednesday, February 15, 2017

RINTIS GUNUNG SARUT DAN GUNUNG LIPAK (10-12 Feb)
Day 1

07.00 am Mula bergerak dari rumah setelah diambil oleh din dan syimir ke kedai mkn untuk sarapan sementara menunggu rakan yg lain tiba. Selepas sarapan kami berenam mula bergerak ke kg payung (setiu) yg mngambil masa dalam 45 min ke 1 jam untuk tiba disana.


09.30 am Tiba di masjid kg payung..time ni duk kemas2 barang sikit sementara menunggu lias (guide Tibet). Selepas guide smpai (10.00 am) kami brgerak ke salah satu rumah pnduduk kg untuk meletakkan kereta disitu.

 

10.30 am Tiba je di starting point kami terus bergerak ke jambatan gantung yang menghubungkan kami dengan pintu masuk ke trek gunung sarut dan selepas bacaan doa kami terus layan trek panas badan yang agak santai, maknenye xde la pacak sangat. Selepas 15 min perjalanan kami bertemu trek pacak yg seakan-akan bukit taubat di CBL tetapi lebih perit dari bukit taubat (hehe faham2 ler) disini boleh la tgk muka kawan2 yang mental diawal perjalanan termasuk la aq akibat trek yg agak kurang ajar ni. Selepas berehat lebih kurang 10 min kami menyambung perjalanan kami, redah punye redah plus tersasar dari permatang sambil cross naik turun bukit2 kemudian terjumpa la kolam biru ala2 sungai bangan CBL dan semasa cross tu ada la yang trjatuh trluka sume ade (auchhh huhu).


01.20 pm Abg ijak (ijak kenyir) mengarahkan kami berehat dan solat disini then sempat lagi masak megie melantak ramai2 sambil abg ijak memeriksa kedudukan kami di atas peta topo. Misi mencari permatang bermula selepas 20min berehat, guide Tibet ditugaskan untuk menebas semak samun untuk membuat trek untuk kami lalu, cari punye cari akhirnya kami jumpe la trek asal di atas permatang yang pernah dilalui oleh orang siam. Selepas itu misi mencari kemsite yang telah ditanda di atas peta topo diteruskan, ketika melalui permatang tu kami disajikan dengan pemandangan yang cukup cantik di sebalik jendela pandang. Setelah beberapa jam mendaki kami terjumpa pokok tongkat ali ditepi trek, saiz nya yang agak besar menyebabkan guide Tibet,apik dan din bertungkus-lumus menarik pokok tersebut bagi mendapatkan akar nya, selepas hampir 10 min akhir nya dapat la akar tu. Perjalanan kami diteruskan dengan aksi guide Tibet menebas taman berduri di sepanjang trek (kikikiki kesian), setelah beberapa meter kami melangkah kami terjumpa pokok periuk kera yang agak banyak dikawasan berkenaan (masa ni dah pukul 04.30 pm yep), selepas sesi photoshoot kami meneruskan perjalanan selama 2 jam setengah dan terpaksa meredah lereng yang runtuh akhirnya kami tiba di kemsite yang dicari tu.





07.00 pm Sesi membersihkan kawasan kemsite bermula dengan mengalih kan buluh yang berada diatas pasir (kemsite hampir dgn air dan berdekatan dengan pokok buluh). Selepas siap mendirikan tempat tidur, kecek (chef) menjalankan tugas nye dengan memasak makan malam kami, yg menariknye boleh pulak guide tibet tangkap ikan tengas (maklum ler kemsite tepi air), akhir nye dapat la 2 ekor untuk makan malam ni. Manu pada malam ni cukup mewah disebabkan air tangan kecek yang memang handal memasak ditambah pula dengan ikan fresh yang ditangkap oleh guide Tibet fuhhh kenyang gilerr…







09.30 pm Tidur lerr selepas 9 jam hiking..... Zzzzzzzz




02.00 am Bangun minum air + borak sikit2 then tidur balik….huhuhuhu